Tips Penjagaan Tudung

Izzuddin Yussof

Posted on February 28 2020

Mesti sayangkan kalau tudung kita "rosak" macam tertarik benang, warna luntur atau bercapuk dengan warna lain apabila kita basuh. Jadi Tyraanne nak share tips penjagaan hijab/tudung. 

1. Gunakan Fabric Softener

Rendam selama 10-15 minit di dalam air suam yg dicampurkan bersama bahan pencuci & pelembut fabrik. Pastikan bahan pencuci itu cecair ya. Bilas tudung dgn air bersih mcm biasa sehingga kesan sabun & pelembut fabrik tak melekat pada tudung.

2. Jangan Sidai Di Bawah Matahari Terik

Tudung yang disidai di bawah cahaya matahari yang terik akan menyebabkan warna tudung semakin cepat pudar. Seeloknya tudung disidai di tempat cahaya yang redup. Kebiasaannya fabrik tudung ni ringan, jadi sekejap sahaja boleh kering.

3. Guna Suhu Rendah Apabila Menggosok

Tyra angels kena tahu suhu apa yang sesuai dengan fabrik shawl sebelum menggosok tudung. Contohnya apabila menggosok tudung dari fabrik silk dan chiffon, gunakan suhu yang rendah untuk elakkan tudung daripada terbakar atau berlubang.

4. Jangan Basuh Tudung Menggunakan Mesin Basuh

Kalau ada baju yang turun warna, confirm melekat di tudung. Biasakan diri mencuci tudung bersama tudung sahaja.Juga elakkan penggunaan dryer kerana ini akan merosakkan lagi tekstur tudung anda.

5. Elak Sental Tudung Terlalu Kuat

Untuk elakkan shawl cepat rosak, letak sabun di bahagian terkena kotoran dan biarkan seketika. Kemudian sental dengan menggunakan tangan atau ramas tudung secara lembut dan perlahan sehingga kotoran hilang.

 

More Posts

Next Post

Join our Newsletter for updates, product launches & exclusive offers!